Sinopsis Filem Kau Yang Satu

Kau Yang Satu

Astro Shaw bakal tampil dengan filem berjudul Kau Yang Satu pada 27 Julai ini di seluruh pawagam tanah air. Sebuah filem arahan Osman Ali yang diadaptasi novel popular karya Nia Azalea. Menampilkan barisan pelakon utama seperti Aaron Aziz, Izara Aishah, Hisyam Hamid, dan Soo Wincci.

TAJUK : KAU YANG SATU
Tarikh Tayangan : 27 Julai 2017
Genre : Drama / Romantik
Pengarah : Osman Ali
Terbitan : Astro Shaw / Global Station / Nuansa
Pelakon : Aaron Aziz, Izara Aishah, Hisyam Hamid, Soo Wincci, Amyra Rosli, Wan Hanafi Su, Zaidi Omar

SINOPSIS KAU YANG SATU
Mengisahkan pergolakan cinta tiga segi. Bot milik seorang lelaki bernama Datuk Mustaza telah karam selepas dipukul ombak ketika dia keluar memancing, namun nasibnya baik apabila dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza yang berasa dirinya terhutang budi mahu menjodohkan anak lelakinya Taufik dengan anak Sulaiman yang bernama Salina. Bagaimanapun kedua-dua Taufik dan Salina tidak bersetuju kerana mereka sudah mempunyai teman istimewa. Tetapi akhirnya, mereka terpaksa akur dengan bapa mereka. 

OFFICIAL TRAILER


Kau Yang Satu 2017
Poster Filem Kau Yang Satu