Dodol Untuk Menantu (TV9)

Dodol Untuk Menantu

Telefilem Dodol Untuk Menantu akan ditayangkan pada hari raya kedua di TV9 pukul 8.30 malam. Telefilem arahan Pali yahya, dibintangi oleh Saim Ali, Mimi Lana, Shamsul Ghau Ghau, Nadzmi Adhwa dan ramai lagi.

JUDUL : DODOL UNTUK MENANTU
TARIKH / MASA : Isnin, 26 Jun 2017, 8.30 malam 
SIARAN : TV9
SKRIP : Zeck Vion
PENGARAH : Pali Yahya
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Saim Ali, Mimi Lana, Shamsul Ghau Ghau, Nadzmi Adhwa, Syida Melvin, Hairi Safwan

SINOPSIS DODOL UNTUK MENANTU
Pak Dolah terpaksa merelakan perkahwinan anaknya, Noni dengan pelayan restoran bernama Basyir. Basyir disambut dingin meskipun bersungguh-sungguh menjaga Pak Dolah yang sakit ketika Ramadan. Menjelang Hari Raya, Basyir terpaksa pulang ke kampung asalnya dan meninggalkan Noni dan Pak Dolah. Sejak itu, barulah Pak Dolah sedar akan sikap buruknya yang memperkecilkan Basyir.

LAGU OST 
Gema Takbir - Abang Ku