Drama My Sweet Lavender (TV9)

My Sweet Lavender

My Sweet Lavender merupakan drama terbaru terbitan Orangetree Production Sdn Bhd yang membariskan pelakon popular tanah air seperti Adi Putra, Zara Zya, Aeril Zafrel, Nadia Brian, Ramona Zamzam, dan Haliza Misbun. Drama bersiri sebanyak 20 episod itu diarahkan oleh Bahri Uma bersama Azmi Hatta. Akan mula ditayangkan pada 2 Jun ini, setiap hari Selasa hingga Ahad pukul 8.30 malam di TV9.

JUDUL : MY SWEET LAVENDER
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 2 Jun 2017
HARI / MASA : Selasa-Ahad, 8.30 malam
SIARAN TV : Slot Azalea (TV9)
PENGARAH : Bahri Uma / Azmi Hatta
TERBITAN : Orangetree Production
PELAKON : Adi Putra, Zara Zya, Aeril Zafrel, Nadia Brian, Ramona Zamzam, Amanda Misbun, Ijoy Azahari, Arel Azimi, Alis Mariya, Haliza Misbun, Aishah Atan, Amir Nafis, Erry Putra, Mahmud Ali Basah, Zila Bakarin , Idzham Ismail, Fana Azizan, Afifah Nasir, Taib Zamannuri, Afifah Nasir, Zalfa Zin, Mubarak Majid

WATAK PELAKON
Adi Putra sebagai Amirul
Zara Zya sebagai Laila / Leha
Aeril Zafrel sebagai Danish
Nadia Brian sebagai Sara
Haliza Misbun sebagai Kalsom
Ramona Zamzam sebagai Zai
Amanda Misbun sebagai Nora
Arel Azimi sebagai Mohd
Alis Mariya sebagai Aisyah
Amir Nafis sebagai Johari
Fana Azizan sebagai Amy
Afifah Nasir sebagai Lynn
Taib Zamannuri sebagai Rosli

SINOPSIS MY SWEET LAVENDER
Mengisahkan Laila, seorang wanita berusia 25 tahun bertugas sebagai pegawai insurans dan sedang mencipta nama dalam industri ini. Beliau mempunyai seorang kekasih bernama Danish, anak kepada Datuk Azman, seorang tokoh korporat yang terkenal.

Walaupun sedang dilanda percintaan, Danish juga dikaitkan dengan seorang ahli perniagaan bernama Sara hinggakan ada masanya membuatkan Laila tidak selesa dengan situasi ini.

Sara pandai mengambil hati Danish khasnya ibu Danish yang bernama Datin Salmah. Bagi Datin Salmah, Sara adalah calon menantu yang paling sesuai walaupun suaminya, Datuk Azman meragui keihkhlasan hati Sara. Bagi Datuk Azman, Sara mungkin mempunyai agenda yang lebih besar dan menggunakan Danish untuk mencapai impiannya.

Khabar angin yang bertiup kencang tentang hubungan Sara dan Danish menyebabkan Laila berasa tertekan. Untuk menghilangkan stress,Laila ingin mencari kedamaian seketika dengan bertugas selama tiga hari di Kuala Pilah. Dalam perjalanan ke sana, Laila terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan kematian seorang wanita yang bernama Kalsom. Tragedi ini telah mengubah kehidupannya.

Dua minggu berlalu dan Laila sedar dengan disahkan dia hilang ingatan. Apabila bertanya, dia mendengar suara seorang lelaki mengatakan bahawa Laila isterinya dan ibu kepada tiga orang anaknya yang bernama Aishah, 17 tahun, Muhammad 10 tahun dan Yusof 7 tahun. Apakah reaksi Laila?

GAMBAR PELAKON
My Sweet Lavender TV9

Pelakon My Sweet Lavender
Pelakon drama My Sweet Lavender