Konsert Komedi (Astro Warna)

Konsert Komedi

Program Konsert Komedi merupakan konsert eksklusif hiburan komedi yang menampilkan barisan pelawak terkenal di pentas nyanyian bergabung bersama idola-idola mereka. Konsert Komedi bakal menyaksikan kehadiran 8 pelawak komedi hebat seperti Bocey, Zero, Shiro, Nabil, Senario, kumpulan 'Baik Punya Cilok' yang terdiri daripada Afdlin Shauki, Hans Isaac dan Datuk Awie dan Dato' AC Mizal & Friends. 

Konsert Komedi menyaksikan persembahan nyanyian eksklusif itu akan diselangi dengan sketsa sama ada secara solo mahupun berkumpulan bersama selebriti undangan mereka. Antaranya Erra Fazira, Stacy, Siti Nordiana, Misha Omar, Indah Ruhaila, 4U2C, Datuk Zainal Abidin, Datuk Chef Wan and Ramlah Ram. Program yang bersiaran sebanyak lapan episod ini akan diiringi oleh ‘live band’ iringan Pengarah Muzik terkenal, Datuk Ramli MS.

Konsert Komedi akan bersiaran setiap Jumaat bermula 12 Mei depan jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).