Peserta Maharaja Lawak Mega 2017

Maharaja Lawak Mega 2017

Program Maharaja Lawak Mega (MLM) kembali untuk untuk musim keenam. Menyaksikan 15 kumpulan bakal berentap dan tiga daripadanya adalah pelawak solo. MLM2017 kali ini turut menampilkan pelawak dari negara jiran Singapura dan Indonesia seperti iaitu kumpulan Masin, Abioso dan Dzawin,

MLM 2017 masih mengekalkan format yang sama seperti musim sebelum ini iaitu 70 peratus dihakimi juri tetap dan 30 peratus oleh penonton.

Pemenang bakal membawa pulang wang tunai RM500,000 berserta trofi manakala naib juara menerima RM250,000 berserta trofi.

Tempat ketiga akan membawa pulang wang tunai RM150,000 sementara RM50,000 dan RM25,000 bagi tempat keempat dan kelima.

MLM 2017 bakal bersiaran selama 12 minggu pada setiap Jumaat, pukul 10 malam bermula 17 Februari ini dan disiarkan secara langsung dari Royal Theater Shah Alam, menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

MAHARAJA LAWAK MEGA 2017
TARIKH / MASA : Setiap Jumaat, 10.00 malam 
SIARAN : Astro Warna & Astro Mustika HD 
HOS : AC Mizal

SENARAI PESERTA MAHARAJA LAWAK MEGA 2017 
BOCEY – Abam, Fad dan Achey
ZERO – Atu, Shariff dan Syaiful
SHIRO – Sharol dan Ajak
NICE – Ropie, Acong dan Tauke
JORAS – Syuk, Joey dan Rahim
XOXO – Wan, Wan Gegau dan Chot
MAMU – Ajo dan Abu
PISTOL – AG Hafiz dan Raja Azri
PUTEH – Mamak dan Ali
ABIOSO – Amin, Sarip dan Mamad (Indonesia)
HOBIT – Amir, Bocil dan Dinn (Malaysia, Indonesia, Singapura)
MASIN – Mamat, Vicha dan Jiggy (Malaysia, Indonesia, Singapura)
DANIEL (Solo Malaysia)
DZAWIN (Solo Indonesia)
MAD SABAH (Solo Malaysia)

Peserta Maharaja Lawak Mega 2017
Gambar peserta Maharaja Lawak Mega 2017