Cinta Kucing Parsi (TV9)

Cinta Kucing Parsi

Sempena sambutan tahun baru Cina, TV9 akan menyiarkan telefilem khas berjudul Cinta Kucing Parsi. Menampilkan barisan pelakon Sean Lee, Nadhmi Adhwa, Adeline Tsen, dan ramai lagi. Cinta Kucing Parsi yang akan bersiaran pada hari Isnin ini, jam 8.30malam di TV9.

JUDUL : CINTA KUCING PARSI 
TARIKH / MASA : Isnin, 30 Januari 2017, 8.30 malam
SIARAN : Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : Rosmadewi Zin
PENGARAH : Zamri Zakaria
TERBITAN : Mache Allstar United Sdn Bhd
PELAKON : Sean Lee, Adeline Tsen, Nadzmi Adhwa, Acong Sweetchild, Jesse Lim, Angeline Tan, Mandy Chong, Ellika Azman, Ozlynn

SINOPSIS CINTA KUCING PARSI 
Mengisahkan kehidupan dua sahabat, Alex dan Ikmal yang hidup menganggur. Dek kerana tidak ada kerja, banyak masa dibuang begitu sahaja. Pada satu hari, oleh kerana tidak mempunyai duit, Alex dan kawan baiknya, Ikmal ingin merompak sebuah kedai tetapi mereka gagal. Mereka berdua melarikan diri dengan manaiki motor, Apabila sudah panik melarikan diri, Alex terlanggar seorang gadis yang bernama Sharon. Nasib baik semua tidak cedera parah. Pada masa yang sama, Alex telah jatuh cinta dengan wanita tersebut. Demi memenangi hati wanita itu, Alex mula berubah perangai. Ikmal turut memberikan sokongan kepada temannya untuk menjayakan misinya dalam memenangi hati Sharon.

Pelakon Cinta Kucing Parsi
Pelakon telemovie Cinta Kucing Parsi