Panggilan Subuh (TV9)

Panggilan Subuh

Jangan lupa saksikan telefilem Panggilan Subuh pada 19 Disember, Isnin pada jam 8:30 malam di Slot Skrin di 9, TV9. Sebuah telefilem yang padat dengan pengajaran dilakonkan oleh Redza Rosli, Puteri Aishah dan Dai Saiful.

JUDUL : PANGGILAN SUBUH
TARIKH / MASA : Isnin, 19 Disember 2016, 8.30 malam
SIARAN : Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : Sharifah Abu Salem
IDEA ASAL : Akhmal Khalid
PENGARAH : Kyoll Hamzah
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Redza Rosli, Puteri Aishah, Dai Saiful, Aliff Hilman, John Chisel, Adrian Edy, Mahmud Ali Bashah, Sofea Shaheera, Kismah Johar

SINOPSIS PANGGILAN SUBUH
Mengisahkan Fariq, seorang 'bouncer' kelab malam yang pulang ke rumah pada waktu Subuh setiap hari. Disebabkan pekerjaannya yang berhadapan dengan orang ramai, dia memerlukan tidur yang lena pada waktu siang. Di kawasan rumah Fariq terdapat sebuah surau terbiar. Satu hari, terdengar laungan azan daripada surau tersebut. Ramai penduduk terkejut akan kedatangan Ustaz Danial yang baru pulang dari Syria. Dia ditawarkan untuk menjadi imam surau tersebut dan diberi kediaman bersebelahan rumah Fariq.

Sejak itu, aktiviti di surau terbabit kembali aktif manakala Fariq rasa tidurnya terganggu. Waktu rehat Fariq sering tergangu dan menyebabkan prestasi kerjanya menurun. Bagi menenangkan fikiran, Fariq memandu di sekeling kawasan perumahan itu dan hanya pulang ke rumah apabila kuliah Subuh selesai. Fariq sering terserempak dengan seorang wanita berhijab bernama Dania yang berjalan pulang. Rupanya Dania adalah pekerja kelab malam juga yang dalam proses berubah ke arah yang lebih baik.

Pelakon Panggilan Subuh
Pelakon telemovie Panggilan Subuh