Telefilem JAUH (Astro Ria)

Jauh Astro Ria

Cerita ini diadaptasi dari novel JAUH karya Aisya Sofea. Lakonan oleh Adi Putra (Fikri), Fauziah Gous (Syafikah) dan Anzalna Nasir.

JUDUL : JAUH
TARIKH / MASA : Sabtu, 24 Disember 2016, 9.00 malam 
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
SKRIP : Shahazril Hamzah
PENGARAH : Bad Hj Azmi
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Ady Putra, Fauziah Ghous, Anzalna Nasir, 

SINOPSIS JAUH 
Kisah hubungan Ika dan tunangnya yang menjadi berantakan apabila Ika tiba-tiba merasa tidak pasti dengan perasaannya sendiri lalu membawa diri ke luar negara. Segalanya bermula apabila Ika bertunang dengan Zahar atas kehendak keluarga. Ika tidak mempunyai perasaan terhadap Zahar dan cuba melengah-lengahkan tarikh perkahwinannya.

Apabila Ika tiba di UK yang mana ketika itu Ika datang untuk melawat keluarga ibu saudaranya, di sana Ika jatuh cinta pandang pertama dengan Fikri.

Cinta mulai berputik di antara mereka. Namun, Sofi cuba membuatkan Ika menjauhkan diri dari Fikri hanya kerana Sofia menyukai Fikri. Ika kembali ke tanah air dan memutuskan pertunangan dengan Zahar.

Dia dihalau oleh keluarga sendiri, disindir, dimaki, diherdik, malah dipukul. Ika cuba bersabar. Dua tahun kemudian Fikri kembali dalam hidupnya dan cinta bersemi semula. Dengan bantuan Jaja, Fikri memahami Ika. Fikri tidak mahu memaksa Ika menerimanya dengan terburu-buru manakala Ika beranggapan Fikri mengahwininya kerana kasihan. 

Akhirnya Ika sedar bahawa cinta Fikri adalah ikhlas. Ika dan Fikri akhirnya berkahwin.