,

Bening Cahaya Maulid (TV3)

19:00:00

Bening Cahaya Maulid

Sempena Maulidur Rasul, TV3 akan menyiarkan telefilem istimewa berjudul Bening Cahaya Maulid yang dilakonkan oleh Elvina Mohamad, Idris Khan dan Zamarul Hisham. Telefilem Bening Cahaya Maulid akan ditayangkan pada hari Isnin ini pukul 10 malam. 

JUDUL : BENING CAHAYA MAULID
TARIKH / MASA : Isnin, 12 Disember 2016, 10.00 malam
SIARAN : TV3 - Istimewa Maulidur Rasul
SKRIP : Radzemah Bolhassan, Yus Waizar, Azizi Awang
PENGARAH : Abdul Azizi Awang Ghazali
TERBITAN : Dewan Bahasa dan Pustaka
PELAKON : Elvina Mohamad, Idris Khan, Zamarul Hisham, Da'i Hadhari 

SINOPSIS BENING CAHAYA MAULID
Kisah Suria bakal melahirkan anak sulungnya tetapi suaminya Hamdan, masih sibuk dengan persiapan Perarakan Maulidur Rasul. Walaupun Hamdan melakukan suatu perkara yang baik, dia sering mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami di rumah. Suatu hari, Suria mengejut Hamdan dan meminta bantuan untuk membawanya ke hospital pada pukul 5 pagi. Hamdan panik kerana dia perlu ke perkarangan masjid untuk memulakan perarakan pada pukul 6 pagi. Adakah Hamdan akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan membawa isterinya ke hospital?
Pelakon Bening Cahaya Maulid
Pelakon telemovie Bening Cahaya Maulid

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow