Senarai Peserta Lawak Solo

13:00:00

Lawak Solo

Program realiti komedi terbaharu Astro Warna iaitu ‘Lawak Solo’ akan hadir memeriahkan lagi dunia komedi tanah air disamping mencari bakat baru pelawak ‘stand up comedian’ yang kini dilihat semakin mendapat perhatian di kalangan peminat. Seramai 10 peserta telahpun terpilih dan mereka akan dibimbing oleh barisan pelawak terkenal seperti Nabil Ahmad, Ebby Yus dan Douglas Lim. Kesemua dari mereka bakal diadili dua juri tetap iaitu Dato’ AC Mizal dan Saiful Apek. Selain itu, seorang juri jemputan akan diundang setiap minggu bagi memeriahkan Lawak Solo. Setiap minggu peserta akan diadili dengan menggunakan khidmat penjurian profesional sebanyak 70 % selain undian penonton sebanyak 30% dalam menentukan peserta manakah yang bakal disingkirkan dan seterusnya mara bagi merebut gelaran juara Lawak Solo bagi musim pertama ini.

Lawak Solo dijadualkan bersiaran selama lapan minggu akan mula menemui penonton secara langsung dari Studio Finas, Kompleks Merdeka FINAS pada setiap hari Jumaat, bermula 21 Oktober 2016, jam 10.00 malam dan boleh ditonton secara eksklusif menerusi Astro Warna (Saluran 132) dan tayangan serentak di Mustika HD (Saluran 134). Dihoskan oleh pelawak terkenal Johan. Manakala Fad Bocey bersama dua lagi pelawak popular di laman sosial iaitu Jamal dan Zukiee menggalas tugas sebagai hos dibelakang tabir.

Juara yang bakal dinobatkan pada minggu terakhir kelak akan menerima ganjaran wang tunai berjumlah RM 80,000.00 berserta trofi manakala naib juara dan tempat ketiga pula akan menerima habuan sebanyak RM 40,000.00 dan RM 20,000.00 berserta trofi.

Segala aktiviti dan pembelajaran para peserta ini akan disiarkan menerusi ‘Kapsul Lawak Solo’ setiap hari di saluran Astro Warna. Selain itu juga peserta akan diberikan beberapa cabaran bagi menguji tahap kemahiran dan kreativiti mereka dalam berkomedi di antaranya berjumpa dengan orang ramai di tempat-tempat awam dan mereka kemudiannya dikehendaki untuk membuat lawak secara spontan di khalayak ramai.

SENARAI PESERTA LAWAK SOLO 2016 
1. DANIAL | Mohamad Danial Bin Mohd Zaini | 23 tahun | Pulau Pinang
2. MAD SABAH | Achmad Bin Rusli | 28 tahun | Sabah | 
3. NIZAM | Mohd Nornizam Bin Mohd Yusof | 35 tahun | Selangor
4. AG HAFIZ | Mohd Hafiz Bin Abdul Ghani | 31 tahun | Perak
5. AARON | Aaron Aw Teik Hong | 31 tahun | Kuala Lumpur
6. WAN GEGAU | Mohd Saffuan Bin Samsudin | 29 tahun | Melaka
7. KC NAZARI | Ahmad Fadli Bin Mohd Nazari | 33 tahun | Seremban
8. DINN (Dengerous) | Nor Hisyabudin Bin Bahar | 31 tahun | Kedah
9. FIKRY | Ahmad Fikry Bin Ahmad Ibrahim | 22 tahun | Kedah
10. RIDZUAN | Muhammad Ridzuan Bin Ahamad Hsbulah | 22 tahun | Pahang

Peserta Lawak Solo
gambar peserta Lawak Solo

You Might Also Like

1 comments

  1. Boleh tak kalau sy nak pergi finas tgk lawak solo live next friday?

    ReplyDelete

recent posts

Facebook

Follow