Senarai Calon Anugerah Industri Muzik 2016 (AIM 22)

19:00:00

AIM 22
Anugerah Industri Muzik Ke-22 (AIM22) dijadualkan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada hari Ahad, 18 Disember 2016. Majlis anugerah berprestij itu akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) dari pukul 9.00 malam hingga 12.00 malam. Majlis tersebut akan didahului acara ‘Karpet Glamor AIM 22’ yang menampilkan perjalanan artis dan selebriti yang menyusuri karpet merah dari pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam sejurus sebelum majlis penyampaian anugerah berlangsung.

Bertemakan 'Kemuncak Segala-Galanya', AIM 22 bakal memperlihatkan barisan artis popular membuat persembahan seperti Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, SonaOne, Yuna, Hazama, Khalifah, Sufian Suhaimi, Projector Band, Ameng dan Akim & The Majistret. Manakala penghibur terkenal Harith Iskander dan Adibah Noor menggalas tanggungjawab sebagai pengacara Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM22).

Sejumlah 80 nama dalam 16 kategori anugerah telah diumumkan sebagai calon akhir untuk edisi ke-22 itu. Senarai lima calon akhir untuk setiap kategori itu menampilkan gabungan menarik nama-nama besar yang disegani dan juga pendatang baru dalam industri muzik negara dalam pelbagai genre muzik yang diterbitkan.

SENARAI PENUH 5 CALON AKHIR ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 22 (AIM 22)

1. ARTIS BAHARU TERBAIK
1) Bella Nazari
2) De Fam
3) Lyia Meta
4) Projector Band
5) Syamel

2. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (LELAKI)
1) Akim Ahmad - Potret
2) Faizal Tahir - Sejati
3) Hazama - Sampai Mati
4) Hazami - Cintai Dia
5) Lah Ahmad - Syukur

3. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (WANITA)
1) Datuk Siti Nurhaliza - Menatap Dalam Mimpi
2) Dayang Nurfaizah - Lelaki Teragung
3) Jaclyn Victor - Seindah Mimpi
4) Najwa Mahiaddin - Guilty Room
5) Nona - Takkan Biarkan

4. PERSEMBAHAN VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK DI DALAM LAGU
Back2Basixx - Senyuman
De Fam - #Super Girls
Nowseeheart - Selawat Untukmu
The Mikraj - Qod Kafani
UNIC - Syamail Muhammadiah

5. PERSEMBAHAN VOKAL DUO/KOLABORASI TERBAIK DI DALAM LAGU
1) Elizabeth Tan & Faizal Tahir - Setia
2) Hunny Madu & Kayda - Go Hard Or Gostan
3) Misha Omar & Hafiz Suip - Terimaku Seadanya
4) Najwa Mahiaddin & Juny - After The Rain
5) Sonaone, Joe Flizzow & Akeem - Go Do That

6. KULIT ALBUM TERBAIK
1) Bahtera - Sekumpulan Orang Gila  (Pereka: Ajim Juxta)
2) Puisi Tepi Jalan - Fynn Jamal  (Pereka: Amrul Kareem)
3) Material - Yuna Zarai  (Pereka: Fahim Fazlishah)
4) Selamat Datang Ke Panggung Suara - Pitahati  (Pereka: Izat Arif & Fairiz)
5) Penuh Magika - Reena Nicky  (Pereka: Suresh Sammuggam & Nizam Harraz)

7. RAKAMAN ALBUM TERBAIK
1) Yuna Zarai - Material  (Jururakam: Ahmad Huzai)
2) Froya - Panic Bird  (Jururakam: Lee Williams,Paul Morisson, Selgana, Drew Adams, Ivan Cheong)
3) Gabriel Lynch - All of Us  (Jururakam: Paul Morisson, Sel Gana, Lee Williams)
4) Q Sound - Duel Citizenship  (Jururakam: Paul Morisson)
5) Datuk Siti Nurhaliza - Datuk Siti Nurhaliza Unplugged  (Jururakam: Sunil Kumar)

8. VIDEO MUZIK TERBAIK
1) Stacy – Not For Sale  (Pengarah: Casper)
2) Kaka Feat Sleeq – Bukan Hal Aku  (Pengarah: Ghaz Abu Bakar)
3) Hazama – Sampai Mati  (Pengarah: Indra Putra Jamin)
4) Paperplane Pursuit – Who’s Gonna Stop Me  (Pengarah: Joshua Chay & John Samuel Oommen)
5) Fynn Jamal – Suatu Pernah  (Pengarah: Sharifah Amani)

9. LAGU POP ETNIK TERBAIK
1) Ingga - Amir Jahari
2) Joget Sulam Sakti - Raja Iskandar
3) Kelik La Weii - Eddie Hamid
4) Mathbawi 1 Mawar - Usop Kopratasa & Rafi Suhu
5) Sepertinya - Fynn Jamal & AG Coco

10. LAGU NASYID TERBAIK
1) Suhaimi Saad – Cinta Sidna
2) Caliph Busker – Hanya NamaMu
3) Lah Ahmad – Maulaya
4) Datuk Siti Nurhaliza – Mikraj Cinta
5) Daqmie – Tangis Sebatang Tamar

11. LAGU ROCK TERBAIK
1) Projek Pistol – Berani Mati
2) Azlan & The Typewriter – Lebih Baik Sendiri
3) Azlan & The Typewriter – Mata Hati
4) Akim & The Majistret – Potret
5) Amy Search feat Edrie Hashim – Redha Kemenangan

12. LAGU POP TERBAIK
1) Faizal Tahir – Assalamualaikum
2) Syamel – Hidup Dalam Mati
3) Datuk Siti Nurhaliza – Menatap Dalam Mimpi
4) Hazama – Sedetik Lara
5) Faizal Tahir – Sejati

13. LAGU HIP HOP TERBAIK
1) SonaOne – Confirm Ah
2) SonaOne – Hakeleh
3) Altimet & Takahara Suiko – Janji
4) Lah Ahmad feat Altimet – Mengelamun
5) Salammusik – Terima Kasih

14. LAGU INGGERIS TEMPATAN TERBAIK
1) Elvira Arul – Christmas in The Sun
2) SonaOne – Firefly
3) Juwita Suwito – Just Like That
4) Daiyan Trisha – Stargazing
5) Vince Chong – Wonder

15. SUSUNAN MUZIK TERBAIK DI DALAM LAGU
1) Elvira Arul – Christmas in The Sun
2) Datuk Siti Nurhaliza – Jaga Dia Untukku
3) Datuk Siti Nurhaliza – Menatap Dalam Mimpi
4) Caliph Busker – Hanya Nama-Mu
5) Faizal Tahir – Assalamualaikum

16. ALBUM TERBAIK
1) Patriot - Akim & The Majistret
2) Datuk Siti Nurhaliza Unplugged - Datuk Siti Nurhaliza
3) Nada - Mojo
4) Sepenuhnya Vol.1 - Estranged
5) Black – Black

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow