Senarai Peserta 3 JUARA (TV3)

3 Juara

Program terbaharu di TV3 iaitu 3 Juara merupakan rancangan realiti nyanyian ekslusif penuh kelainan dimana menampilkan tiga komposer hebat tanah air yang mewakili tiga genre, Edrie Hashim untuk Rock, Ajai untuk Balada dan Pak Ngah untuk Irama Malaysia demi mencari satu juara bagi setiap genre.

Seramai 24 peserta yang telah terpilih. Bagi setiap kategori enam peserta akan dipilih oleh produser untuk terus berentap antara mereka sehingga ke peringkat akhir demi meraih gelaran juara genre masing-masing. Mereka semua akan diadili oleh juri profesional iaitu Datuk Rossa sebagai juri kategori Balada, Awie juri kategori Rock dan Noraniza Idris juri kategori Irama Tradisional. Hadiah wang tunai lebih RM 300, 000 menjadi rebutan.

Rancangan realiti 3 Juara akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad pada jam 9 malam bermula 16 Oktober 2016 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Dihoskan oleh Issey Fazlisham, Mira Filzah dan Azizul Ammar.

Pertandingan program realiti ini berformat sistem liga, di mana setiap peserta akan berentap bersama pasangan dalam kategori yang sama di satu pentas setiap minggu demi memungut mata daripada undian penonton, juri tetap dan produser daripada kategori masing-masing.

Ini bermakna, kesemua peserta ketiga-tiga kategori akan berentap dalam satu konsert setiap minggu demi mengumpul mata dan merebut wang tunai berjumlah RM300,000 secara keseluruhan.

Penonton turut dijemput memeriahkan fenomena 3 Juara di alam maya dengan cara mengundi peserta kegemaran secara atas talian (online) di www.tv3.com.my/3juara.

PROGRAM : 3 JUARA
HARI / MASA : Ahad, 9.00 malam
SALURAN : TV3
PENGACARA : Issey Fazlisham, Mira Filzah, Azizul Ammar
JURI PROFESIONAL : Datuk Rossa, Awie, Noraniza Idris 
PRODUSER : Edrie Hashim, Ajai, Pak Ngah 

SENARAI PESERTA 3 JUARA

PRODUSER : EDRIE 
KATEGORI : ROCK
1. Ayien (24 tahun, Sabah)
2. Arul (26 tahun, Kuala Lumpur)
3. Indra (24 tahun, Johor)
4. Kudien (22 tahun, Johor)
5. Eva Maria (23 tahun, Kuala Lumpur)
6. Arill (18 tahun, Kedah)
7. Kelvin 
8. Rahra 

#JuaraRock

PRODUSER : PAK NGAH
KATEGORI : IRAMA MALAYSIA
1. Hazra (28 tahun, Selangor)
2. Azizul (28 tahun, Johor)
3. Nura (18 tahun, Johor)
4.  Rahman (25 tahun, Selangor)
5. Tyka (21 tahun, Kuala Lumpur)
6. Zayani (20 tahun, Penang)
7. Cha (Hidayah) (25 tahun, Perak)
8. Mursalin (27 tahun, Kedah)

#JuaraIramaMalaysia


PRODUSER : AJAI
KATEGORI : BALADA
1. April (27 tahun, Sabah)
2. Hady (28 tahun, Sabah)
3. Eeza (23 tahun, Selangor)
4. Aqeem  (22 tahun, Sabah)
5. Azumi (18 tahun, Kedah)
6. Salmah Asis (26 tahun, Selangor)
7. Eja (Hafizah)(24 tahun, Sabah)
8. Faisal (26 tahun, Selangor)

#JuaraBalada