Sinopsis Juvana 3 Perhitungan Terakhir (2016)

Juvana 3 2016

Filem rantaian yang diadaptasi daripada drama siri popular Juvana akan tampil dengan sekuel terakhir berjudul Juvana 3: Perhitungan Terakhir. Filem yang mengisahkan masalah gejala sosial itu bakal menyaksikan gandingan hebat Johan As’ari, Zahiril Adzim, Adam Shahz, dan Hasnul Rahmat. Filem diarahkan oleh Faisal Ishak terbitkan bersama oleh Filmscape Sdn Bhd, Juita Viden Sdn Bhd dan Star Media Group Berhad. Saksikan kesinambungan filem Juvana 3: Perhitungan Terakhir di pawagam seluruh negara pada 29 September 2016.

TAJUK : JUVANA 3 PERHITUNGAN TERAKHIR
Tarikh Tayangan : 29 September 2016
Genre : Aksi
Pengarah : Faisal Ishak
Terbitan : Filmscape Sdn Bhd
Pelakon : Zahiril Adzim, Johan As'ari, Adam Shahz, Hasnul Rahmat, Pekin Ibrahim, Zaidi Omar, Shera Aiyob, Nad Zainal, Riki Rikando, Khairul Muhamad, Muhammad Syafiq Ikmal, Helmi Hakim, Rosli Sako

SINOPSIS FILEM JUVANA 3 : PERHITUNGAN TERAKHIR
Merupakan kesinambungan dari sekuel terdahulu, Botak, Daim dan Ayam menyedari perjanjian mereka bertiga dengan Raja demi membebaskan Sara, ayah Botak dan adik-beradik Apek telah memakan diri.

Sebenarnya, Raja merupakan dalang di sebalik penculikan yang dilakukan kerana mahu membalas dendam terhadap mereka yang menjadi punca disumbat ke penjara serta merampas organisasi jenayah daripada Tok Jebat dan Tok Ki.

Selain itu, Daim yang tidak dapat menerima kenyataan setelah kekasihnya, Sara yang mati akibat ditikam Tok Ki mengalami gangguan emosi. Kemudian dia menjauhkan diri dari rakan-rakannya serta menganggap mereka sebagai musuh.

Termakan dengan pujukan Raja, Daim telah memilih untuk bekerja dengannya. Manakala Botak dan Ayam pula terpaksa bersetuju untuk bekerja dengan Raja sebagai galang ganti kepada kebebasan dan keselamatan ayah Botak dan adik-beradik Apek.

Terperangkap dalam permainan Raja, persahabatan mereka turut sekali lagi teruji apabila Raja dengan bijak memanipulasi dan melaga-lagakan mereka hingga mereka masing-masing mencurigai antara satu sama lain.

Dalam situasi yang semakin menghimpit, harapan mereka hanya terletak pada rakan-rakan mereka yang lain. Namun, adakah mereka dapat dijejaki dan sempatkah mereka diselamatkan sebelum terlewat? 

VIDEO TRAILER