Sinopsis Kampung Drift

Kampung Drift

Filem aksi terbaru bertajuk Kampung Drift akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 4 Ogos 2016. Bertemakan kisah sukan permotoran iaitu sukan drift. Filem arahan Nevin Hiong yang diterbitkan oleh Mico Studio (M) Sdn Bhd ini membariskan pelakon-pelakon remaja seperti Syafie Naswip, Pekin Ibrahim, Pablo Amirul, Fatin Afeefa, Syazwan Yunos dan ramai lagi. 

FILEM : KAMPUNG DRIFT
Tarikh Tayangan : 4 Ogos 2016
Genre : Aksi / Komedi / Sains Fiksyen
Pengarah : Nevin Hiong
Pelakon : Pekin Ibrahim, Syafie Naswip, Pabli Amirul, Fatin Afeefa, Chen Sin Foo, Zalfa Zin, Syazwan Yunos, Puovin Sandera, Jazli Hassan, Chen Sin Foo, Fazli Razali, Kamarol Haji Yusuf, Yasmin Md Isa, Muhammad, Zaiham, Esma Danial, Eida Moin
Terbitan : Mico Studio (M) Sdn Bhd
Website : www.kampungdrift.com

SINOPSIS KAMPUNG DRIFT
Mengisahkan pengembaraan hidup seorang remaja bernama Johan (Syafie Naswip) dalam mencari erti kejayaan dan kehidupan menerusi sukan drift yang berkait rapat dengan sejarah hidupnya. 

Walaupun ditentang keras oleh ayahnya untuk menyertai sukan drift, minat Johan terhadap sukan itu tidak pernah pudar. Bersama-sama kawan baiknya, Bojeng (Jazli Hassan), pakciknya, Ajoi (Puovin Sandera), dan saintis ‘gila’, Pak Idon (Chen Sin Foo), dia akan menggunakan apa sahaja cara untuk melibatkan diri secara aktif dalam sukan pemotoran drift itu. Minat Johan mula bertukar menjadi sebuah impian besar apabila dia mendapat tahu sejarah hitam ayahnya yang berkait rapat dengan sukan drift.               

Namun, penglibatan Johan dalam sukan drift ini menghadapi jalan sukar apabila dia terlibat dalam pelbagai konflik diri, masalah cinta dan persaingan di antara Julia (Fatin Afeera), Shiela (Zalfa Zin) dan Ray (Pablo Amirul), drifter ternama dari Kuala Lumpur. Semua ini pula bakal membawa kepada kematian orang yang disayanginya. Johan cuba mengubah sejarah dengan menggunakan mesin merentas masa untuk kembali ke masa silam. Berjayakah dia? Semuanya bakal terjawab dalam Kampung Drift. 

VIDEO TRAILER