Senarai Peserta Da'i Pendakwah Nusantara (2016)

Da'i Pendakwah Nusantara 2016

Program realiti agama Da’i kembali dengan musim terbaharunya bermula 24 Julai 2016, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam. Da’i adalah program realiti agama dalam mencari dan memupuk menjadi seorang da’i (pedakwah muda) yang berkarisma. Mereka akan menggunakan kreativiti dan inovasi dalam menyampaikan tazkirah selama 3 minit mengikut topik yang telah ditetapkan secara berhikmah dengan gaya tersendiri dan penampilan menarik. Para peserta akan dinilai oleh para juri professional, Murabbi, serta juri awam. Kesemua peserta akan diberi tunjuk ajar oleh Murabbi dan Mursyid. Peserta akan bertanding di hadapan penonton secara langsung di studio Sri Pentas 2 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Musim baharu ini mengekalkan Datuk Ustaz Kazim Elias sebagai Mursyid (ketua mentor) yang akan memantau secara keseluruhan prestasi para peserta dan akan dibimbing oleh dua orang Murabbi (mentor) iaitu Ustaz Zul Ramli Mohamad Razali dan Dr. Robiah K. Hamzah. Kesemua peserta akan dinilai secara individu oleh dua juri tetap professional iaitu Ustaz Dr. Izhar Arif dan Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud yang merangkumi 70%, 20 % daripada Ustaz Zul Ramli Mohamad Razali dan Dr. Robiah K. Hamzah dan 10 % daripada juri awam. 

Da'i Pendakwah Nusantara Musim Ke-4 mempunyai 12 episod membariskan 11 pendakwah muda berentap untuk gelaran juara sekaligus memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000 dan sebuah trofi. Berikut senarai peserta yang berentap dalam musim ini :

1. Da’i Saiful (Mohamad Saiful bin Marzuki, 18 tahun, Pulau Pinang)
2. Da’i Niezal (Mohd Sufwan Niezal bin Sabri, 19 tahun, Terengganu)
3. Da’i Azrin (Azrin bin Md Isa, 20 tahun, Perak)
4. Da’i Nasrul (Muhammad Nasrul Nizam bin Zamry, 20 tahun, Kelantan)
5. Da’i Syed (Syed Shah Iqmal bin Syed Mohd Shaiful Jamalullail, 21 tahun, Perlis)
6. Da’i Aini (Wan Nuraini binti Wan Rosdi, 21 tahun, Johor)
7. Da’i Aishah (Siti Nor Aishah binti Che Hassan, 21 tahun, Kelantan)
8. Da’i Ahmed (Ahmed Ibrahim bin Ahmad, 23 tahun, Selangor)
9. Da’i Irfan (Mohd Nourul Irfan bin Niamat, 25 tahun, Kedah)
10. Da’i Daeng (Muhammad Amiruddin bin Junaidi, 26 tahun, Johor)
11. Da’i Hazman (Mohd Hazman Yani bin Ahmad, 29 tahun, Kedah)