,

Program Madrasah Raya (TV3)

10:18:00

Madrasah Raya

Ikuti pengisian kembara ilmiah Fedtri Yahya di Jerman. Dokumentari majalah khas selama 60 minit itu akan memaparkan kembara Fedtri Yahya di mana beliau akan melawat pelbagai Madrasah di Jerman. Ikuti pengembaraannya dalam mengenali pelbagai jenis gaya hidup dan bagaimana Islam berkembang di benua mereka. Akan disiarkan pada 17 Julai 2016 (Ahad), 10.00 malam di TV3.

Madrasah Raya - Penggerak Kota Ilmu kali ini menyaksikan Fedtri Yahya mendekati Isa Scholer, pemuda kacukan Melayu Jerman. Dibesarkan di Malaysia, beliau tidak menghadapi masalah untuk membina jati diri sebagai Muslim. Ketika berusia 17 tahun, dia nekad berhijrah ke Frankfurt untuk membina kehidupan dan cabaran baru selain menjadi salah seorang pendakwah melalui caranya yang tersendiri. Anak-anak dilatih dengan penuh disiplin hasil bantuan isteri yang solehah. Biarpun masih tidak dapat memberi jalan hodayah kepada keluarga sebelah bapa yang kuat pegangan agama lain, Isa tidak berputus asa. Walau dilingkungi seribu Gereja, jiwanya kental dengan aqidah Islam dan terus komited menjadi Muslim yang berperibadi mulia. Ujian-ujian besar dalam hidup dijadikan asa untuk terus bertqwa kepada Allah.

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow