Senarai Artis Gempak Superstar‬ 2016

17:44:00

Gempak Superstar

Program nyanyian terbaru Astro dinamakan Gempak Superstar‬ bakal memperlihatkan bakat terpendam pelakon-pelakon tanah air dalam bidang nyanyian. Seramai 10 orang pelakon menyahut cabaran untuk menyanyi disertai oleh lima pelakon lelaki dan lima pelakon wanita.

Para peserta yang terdiri daripada pelakon tanah air itu akan dibimbing oleh empat barisan tenaga penasihat iaitu Datuk Ramli MS selaku pengarah muzik dan vokal, Datin Marlia Musa, Pat Ibrahim (penasihat drama) dan Hanafi Rosdi (penasihat koreografi).

Gempak Superstar akan bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam bermula 10 April 2016 secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123). Program tersebut akan dihoskan oleh pelakon popular Scha Alyahya dan Sharnaaz Ahmad. 

Program ini menggunakan sistem pemarkahan 50% oleh juri tetap dan 50% lagi adalah berdasarkan undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Undian secara online juga boleh dilakukan menerusi laman web  www.gempaksuperstar.com.my mulai 4 April 2016.

Artis Gempak Superstar
Gambar Peserta Gempak Superstar
SENARAI PESERTA GEMPAK SUPERSTAR
1. Nazim Othman
2. Sofi Jikan
3. Ryzal Jaafar
4. Dazrin Kamarudin
5. Arja Lee
6. Tasha Shilla
7. Raja Ilya
8. Izreen Azminda
9. Sherry Ibrahim
10. Siti Elizad

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow