Sinopsis Filem Redha

Filem Redha 2016

Filem Redha arahan Tunku Mona Riza bakal menemui penonton di pawagam bermula 14 April nanti. Filem inspirasi dari kisah benar itu menceritakan tentang kehidupan ibu bapa membesarkan anaknya yang menghidap autisme. 

Autisme merupakan masalah gangguan otak yang membatasi kemampuan penghidap tersebut dalam aspek komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku.

Menampilkan lakonan pasangan suami isteri Namron dan June Lojong. Manakala Harith Haziq dan Izzy Reef sebagai kanak autisme. Turut dibintangi oleh Nadiya Nisaa, Remy Ishak, Ruminah Sidek, dan Susan Lancester.

TAJUK : REDHA
Tarikh Tayangan : 14 April 2016
Genre : Drama, Keluarga
Pengarah : Tunku Mona Riza
Pelakon : Nam Ron, Harith Haziq, June Lojong, Izzy Reef, Ruminah Sidek, Nadiya Nisaa, Remy Ishak, Susan Lankester
Terbitan :  Current Pictures Sdn Bhd 

VIDEO PROMO


SINOPSIS FILEM REDHA
Mengisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu Razlan (Namron) dan Alina (June Lojong) memiliki seorang anak autistik yang bernama Danial. Perasaan sayang Razlan terhadap anaknya itu semakin lama bertukar benci apabila mendapat tahu anaknya itu menghidap penyakit autisme.