Clever Girl Malaysia TV3

Clever Girl Malaysia

Program realiti gameshow Clever Girl Malaysia bakal menyaksikan 14 orang gadis terpintar dari setiap negeri di Malaysia bertanding menunjukkan kebolehan mereka menjawab soalan-soalan kuiz pada hari pertandingan demi merebut gelaran Clever Girl Pertama Malaysia. Selain daripada menjawab soalan-soalan pada hari pertandingan, para peserta juga dikehendaki melaksanakan aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat.

Penilaian para peserta Clever Girl Malaysia akan dibuat berdasarkan prestasi dan kebolehan mereka untuk menjawab soalan-soalan kuiz pada hari pertandingan. Tiada sistem undian dilakukan. Pada akhir musim, peserta yang berjaya mendapat markah tertinggi akan digelar Clever Girl Pertama Malaysia dan memenangi wang tunai berjumlah RM 100,000. 

Clever Girls Malaysia akan bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam setiap Ahad bermula 13 Mac 2016 pada jam 9.00 malam di TV3. Manakala Diari Clever Girl Malaysia pada setiap hari Ahad jam 6.00 petang bermula 6 Mac 2016. Rancangan ini akan diacarakan oleh Alif Satar.

Para peserta dipilih berdasarkan perwatakan yang menarik serta berpengetahuan luas dan umur dalam lingkungan 18 hingga 30 tahun sahaja. Berikut 14 senarai peserta yang telah terpilih mewakili negeri kelahiran mereka :

Peserta Clever Girl Malaysia
Gambar peserta Clever Girl Malaysia
SENARAI PESERTA CLEVER GIRL MALAYSIA

Nur ‘Aainaa Binti Zulkiflie
Nama Panggilan: ‘Aainaa
Umur: 30 Tahun
Pekerjaan: Mahasiswa
Pengajian: Mahasiswa Ijazah Kedoktoran Pengurusan Projek
Wakil: Pulau Pinang

Nur Aliana Binti Ahmad Rozaino
Nama Panggilan: Aliana
Umur: 25 Tahun
Pekerjaan: Penasihat Kewangan
Pengajian: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Aberystwyth,
Wales, United Kingdom
Wakil: Melaka

Wan Zarith Sofia Binti Wan Abd Aziz
Nama Panggilan: Sofia
Umur: 28 Tahun
Pekerjaan: Eksekutif Pemasaran
Pengajian: Diploma Pengurusan Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia
Wakil: Johor

Mary Josephine Binti Muhammad Houston
Nama Panggilan: Mary
Umur: 26 Tahun
Pekerjaan: Pelajar Separuh Masa
Pengajian: Mahasiswa Sarjana Muda Perniagaan & Perdagangan,
Wakil: Pahang

Fatin Nuraisya Binti Mohd Hanipha
Nama Panggilan: Fatin
Umur: 28 Tahun
Pekerjaan: Peguam
Pengajian: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, International Islamic
University Malaysia
Wakil: Kelantan

Lam Wai Chuin
Nama Panggilan: Jane
Umur: 24 Tahun
Pekerjaan: Mahasiswa
Pengajian: Mahasiswa Sijil Amalan Undang-Undang (CLP)
Wakil: Perak

Sarah Adiba Binti Mohammed Yussof
Nama Panggilan: Sarah
Umur: 26 Tahun
Pekerjaan: Jurutera Operasi
Pengajian: Ijazah Kejuruteraan Petroleum, Major dalam Penggerudian
Wakil: Sabah

Ethel Lampai Anak Ringgit
Nama Panggilan: Ethel
Umur: 29 Tahun
Pekerjaan: Pembantu Pengurus Pemasaran & Komunikasi
Pengajian: Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, Universiti Teknologi MARA
Wakil: Sarawak

Tunku Intan Mahiya Binti Tunku Mahamad
Nama Panggilan: Tunku Intan
Umur: 29 Tahun
Pekerjaan: Peguam
Pengajian: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang
Wakil: Kedah

Arina Binti Mohd Fairin Lum
Nama Panggilan: Arina
Umur: 26 Tahun
Pekerjaan: Peguam
Pengajian: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang
Wakil: Selangor

Nama Panggilan: Adilah
Umur: 29 Tahun
Pekerjaan: Pegawai Aktuarial & Pengurusan Risiko
Pengajian: Ijazah Sarjana Muda Aktuarial Sains, Universiti Teknologi MARA
Wakil: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  
Sarah Binti Muhammad Afandi
Nama Panggilan: Sarah
Umur: 28 Tahun
Pekerjaan: Jurutera Petrofizik
Pengajian: Ijazah Sarjana Kejuruteraan Petroleum, Universiti Teknologi Malaysia
Wakil: Terengganu

Nurul Aqeelah Binti Azman
Nama Panggilan: Aqeelah
Umur: 26 Tahun
Pekerjaan: Peguam
Pengajian: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Bond University, Australia
Wakil: Perlis

An Nuur Nadhirah Binti Abdul Halim
Nama Panggilan: An Nuur
Umur: 26 Tahun
Pekerjaan: Peguam
Pengajian: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia
Wakil: Negeri Sembilan