Sinopsis Mat Moto 2016

12:44:00

Mat Moto 2016

Mat Moto merupakan filem pertama arahan Pekin Ibrahim yang diambil daripada cerita sebenar seorang mat motor bernama Al. Filem ini mengisahkan tentang perjalanan mat moto dalam berkongsi minat sukan permotoran yang sering disalah tafsir oleh masyarakat. Pengambaraan filem ini telah dijalankan di tujuh buat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Kedah. Filem yang mencecah kos RM1.5 juta ini turut dibarisi pelakon handalan seperti Datuk Rosyam Nor, Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Faizal Hussein dan Cat Farish

FILEM : MAT MOTO - KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT
Tarikh Tayangan : 14 Januari 2016
Genre : Aksi / Drama
Klasifikasi: P13
Pengarah : Pekin Ibrahim & Syafiq Yusof
Terbitan : Skop Production Sdn Bhd, Viper Studios Sdn Bhd., Fimtab Sdn Bhd
Pelakon : Pekin Ibrahim, Falisha Crossley, Zul Huzaimi, Cat Farish, Syamsul Yusof, Shaheizy Sam, Faizal Husein, Dato Rosyam Nor, Kamarol Yusoff

SINOPSIS MAT MATO 2016
Mmengisahkan lelaki bernama AL (Pekin Ibrahim) yang merupakan seorang pemilik sebuah syarikat suntingan filem yang telah mengembara keempat buah negeri untuk menunaikan hajat sahabatnya, Spark (Zul Huzaimi) yang telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya.

Hajat AL dalam pengembaraan tersebut adalah untuk memiliki empat jenis helmet ‘rare’ yang amat berharga dan digilai oleh penggemar motosikal di tanah air. Empat jenis helmet istimewa tersebut dimiliki oleh Acai (Shaheizy Sam), Sharul (Datuk Rosyam Nor), Pit (Faizal Hussein) dan Mus (Syamsul Yusof).

Dalam masa yang sama Sikha (Felisha Crossley), seorang pelajar praktikal di pejabat AL telah mengikut AL dalam pengembaraan tersebut sehinggakan bermulalah bibit cinta di antara mereka. Malangnya, hubungan mereka terhalang disebabkan satu peristiwa yang dirahsiakan oleh Sikha. 

VIDEO TRAILER


You Might Also Like

1 comments

  1. Sorry saya cuma nak tanya. Tahu tak list song yang ada dalam cite mat moto ni ? Saya cari tajuk lagu yang " haaaaa haaaaa haaaaa haaaaa" ada kat 1 part tu. Please help me :)

    ReplyDelete

recent posts

Facebook

Follow